Sunday, February 22, 2009

AKHIRNYA SAMPAI JUA..UPSI ..SELAMAT DATANG

Kunjungan kali ke2 tetapi kali pertama ke ofis spclub yang baru oleh pelajar UPSI seramai lebih kurang 74 orang - 2 buah bas. Walaupun ketibaan agak terlewat sedikit sekitar jam 4.30 petang disebabkan jalan jalan makan angin dahulu (tersesat ) terlajak hingga ke persimpangan banting, pengurusan spclub tetap menanti anda dengan penuh sabar & mengucapkan ribuan terima kasih kerana sokongan anda semua.

Sekali lagi mengamatkan suasana, tempat duduk masih tidak mencukupi dengan kehadiran di luar jangkaan. Kedatangan pelajar dari UPSI, Tanjung Malim ini bukan sahaja datang bersama soalan tesis mereka malah merebut peluang yang ditawarkan . Tahniah !!! kejayaan akan menyusul kemudian. Sabar sabarlah menanti.

Taklimat yang disampaikan oleh En Adnan ismail pada kali ini lebih ringkas & mudah difahami.

Pemerhati pemerhati istimewa duduk di belakang sambil mengambil nota untuk rujukan.Kelihatan En Ghafar di belakang sekali sedang tekun menulis sesuatu di buku diari beliau ( ehem ehem ..jangan tertidur sudah lah maklumlah tersesat tadi hehehe )




Penuh & Yakin !!! ...tapi kali ini tiada lagi yang besila atau duduk di atas ..hadiah saguhati istimewa yang sepatutnya diberikan kepada mereka yang duduk di atas lantai nampaknya akan dibawa & ditawarkan pada seminar akan datang lagi...jangan kecewa cuba lagi..



Kelihatan pengurus besar SPClub En. Syed Nazeem sedang berdiri menanti giliran beliau untuk menyampaikan sedikit motivasi dan tips memulakan perniagaan. Masih banyak tips dan petua yang ingin disampaikan tetapi masa tidak mengizinkan. Untuk tidak mengecewakan sedikit testimoni tentang bagaimana mendapatkan bonus sekitar RM1,000 - RM 2,000 sehari telah disampaikan oleh En. Zamri yang penuh bersemangat berkongsi pengalaman & kejayaan beliau walaupun baru menyertai Spclub baru 2 bulan & dalam serba kekurang tetapi masih boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan..jika kena pada teknik & taktik. Well done En. Zamri yang berkaca mata. Anda sememangnya seorang yang berkarisma & hebat..

Pengurusan Spclub mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Syamsul, En. Ghafar dan yang lain lain kerana bertungkus lumus memastikan majlis berjalan lancar. Kerjasama anda sangat anda sangat sangat dihargai & didoakan semuanya sukses.

UPSI - PANDANG PERTAMA

Sekitar awal tahun 2009 kunjungan pertama pelajar UPSI seramai 60 orang telah hadir mendengar taklimat mengenai peluang yang ada bersama SPClub. Dipimpin oleh En. Syamsul dan Ghafar akhir kunjungi yang tidak dijangka sebegitu ramai menyebabkan tempat duduk tidak mencukupi.
Mendengar taklimat yang disampaikan oleh CEO spclub En. Adnan Ismail dengan kusyuk sekali..sesekali kedengaran juga suara suara nakal dari belakang mengusik suasana..menceriakan sessi yang penuh serba ringkas.


Muka muka glamor..tak dapat masuk TV pun tak apa asalkan dapat masuk dalam blog pun jadi laaa..apa pun muka muka bakal jutawan muda ini akan tetap bersinar jika terus digilap bakat masing masing...kalau anda terlihat wajah anda sendiri di kaca skrin, saya nasihatkan lihat depan belakang atas bawah dahulu baru lah snyum ....dikhuatiri..syok seorang diri..


Maklumlah ..Syarikat baru bermula..masih banyak kekurang..walaubagaimana pun..kami di pengurusan spclub akan memastikan yang duduk melunjur dan besila akan menikmati kejayaan jika terus kekal bersama SPClub suatu hari nanti...kerana anda terlalu HEBAT !!! .Istiqamah..





PEMANDANGAN DI DALAM OFIS BARU SPCLUB


Kelihatan CEO spclub En . adnan ismail, Pengurus Besar En. Syed Nazeem & En. Wan Ali wakil dari Sarawak sedang merancang sesuatu bagaimana mengindahkan lagi suasana hiasan


Ruang seminar dan perhimpunan





Dari anak tangga pertama..seribu langkah bermula hanya satu langkah