Thursday, October 16, 2008

KESAN MINDA GAJAH SARKAS

Sambil - sambil kena air teh tarik secawan...
sila klik GAJAH YANG PERKASA

Belajar Dari Kenangan Lalu...2006 - 2007

Ada yang mengatakan Bank Negara Malaysia hanya menge SYAKI sahaja, 4 syarikat yang terbabit dalam pengambilan deposit haram, ada pula yang mengatakan BNM hanya menyiasat belum jatuh hukum bersalah atau tidak, ada pula yang mengatakan BNM dah tau lama tunggu masa nak berhari raya dengan duit ' COLLECTION ' 4 syarikat tersebut yang semakin menimbun nimbun..baru diaorang cekup untuk pesta pilihanraya atau buat jalan raya, ada yang mengatakan ' kita hebat, tak ada apa apa berlaku sebab owner handal buat plan, webmaster, program, ada lagi yang dah tak sanggup nak mengadap downline..apa apa hal pun kemana alasan yang diberikan rebung sudah menjadi buluh, ..percayalah..percayalah ...percayalah...Sekuat mana syarikat atau Gergasi sesuatu perniagaan apabila keluar kenyataan yang meresahkan, membingungkan, mengoncang dada, meragukan dalam mana mana dada akhbar utama atau media masa, bersiap sedialah dengan last defense... SALES AKAN JATUH SECARA PERLAHAN LAHAN ATAU LAJU..kerana..70% keyakinan pelabur atau ahli akan hilang..masakan bergoyang pokok kalau tiada angin...sebagai bukti anda boleh kaji sendiri dan lihat di dalam surat khabar, isu media, internet atau apa sahaja medium tahun kebelakangan berkenaan syarikat syarikat yang hanya di DALAM SENARAI PERHATIAN BANK NEGARA MALAYSIA & SURUHANJAYA SEKURITI pada tahun 2006 hingga 2007 berapa banyak yang ....BUNGKUS macam nasi lemak ayam goreng panas..walaupun mereka betul ..lorong lorong hayya alal falah, tapi sales atau jualan tetap jatuh, syarikat menjadi papa kedana.

Ambil IKTIBAR, Jangan sangkakan besi yang panas mudah dilenturkan, rebung yang dipetik boleh dimakan terus, rezeki di dalam mulut belum tentu hak kita..so fikir la sendiri