Wednesday, March 18, 2009

BERITA TERKINI .... !!!!!

Ada 2 perkara yang ingin saya sampaikan kepada anda semua. Seperti yang anda sedia maklum ramai kawan kawan kita di luar sana ternanti nanti apakah perkembangan SPclub seterusnya, baiklah mari kita lihat...

1) Promosi oleh Majalah Wanita pada 20 - 26 Mac 2009

Dapatkan segera majalah tersebut pada tarikh di atas. Ada banyak maklumat yang boleh anda perolehi untuk dikhabarkan kepada downline atau kawan kawan yang belum mengenali SPclub lagi. Ini memudahkan anda untuk berkongsi peluang bersama orang lain. Anda boleh jadikannya sebagai satu keratan & disimpan di dalam fail untuk ditunjukkan kepada rakan rakan . Dapatkan pada hari pertama keluaran, kerana kebiasaanya majalah ini akan habis dalam sekelip mata di pasaran. Nantikan kemunculannya !!!



2) RM 98 pada 1 April 2009

Bermula pada 1 April 2009 pendaftaran untuk Shopping Unit atau S.U akan dinaikkan kepada RM98 sahaja. Apa yang anda dapat dengan jumlah sebanyak ini ? Anda juga diberikan laman iklaniaga ( Website Business Centre ) tetapi TIDAK LAYAK MENIKMATI BONUS " MERCHANT POOL ". Sebelum ini hanya pendaftaran RM248 sahaja yang memiliki laman iklan niaga & layak menerima Bonus merchant Pool mengikut jumlah BC yang anda sedia ada. Oleh itu anda boleh membuat pilihan untuk memilih yang mana satu berkenan di hati.

Nota -

Website Business Centre / Business Centre ( B.C )
Satu ruangan untuk anda iklankan bisnes atau perkhidmatan yang anda tawarkan kepada semua ahli SPclub samada di dalam Malaysia atau di luar negara secara online.

Wednesday, March 11, 2009

Tindakan perlu luar biasa

Oleh SARAH NADLIN ROHIMsarah.rohim@utusan.com.my


PETALING JAYA Mac - Bajet mini yang akan dibentangkan baru baru ini, perlu lebih banyak ke arah menggalakkan pengguna berbelanja dan bukannya menumpukan sektor pembinaan.
''Pakej rangsangan pertama telah menumpukan kepada projek-projek pembangunan bagi menggalakkan aktiviti ekonomi berjalan.
''Tetapi pakej kedua atau bajet mini ini, memerlukan polisi langsung dan lebih banyak kecairan untuk membolehkan pengguna berbelanja dalam usaha menjana pertumbuhan ekonomi,'' kata seorang pegawai kanan firma perundingan di sini hari ini.


Sebelum ini, terdapat pandangan menyatakan bajet mini perlu memberikan lebih tumpuan kepada sektor pengilangan dan pembinaan memandangkan sektor ini merupakan pemacu utama kepada ekonomi negara.
Ketua Pengurusan Risiko Kewangan Asia Pasifik KPMG Business Advisory Sdn. Bhd. (KPMG) Dr. John Lee berkata: ''Polisi yang akan dibentangkan nanti perlu memberi penekanan kepada perbelanjaan pengguna.''
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi dialog bertajuk 'Berjaya dalam Keadaan Mencabar', di sini hari ini.
Lee menambah, langkah kerajaan menurunkan kadar faedah dan memberikan rebat tunai kepada pengguna tidak berjaya menggalakkan orang ramai berbelanja, oleh itu cara lain perlu dilaksanakan.
''Kerajaan perlu berfikir di luar kotak (kebiasaan) dengan mengadakan cara yang lebih berkesan, mungkin dengan memberikan skim baucar kepada orang ramai untuk pergi berbelanja seperti yang dilakukan oleh negara Taiwan.
''Selain itu, kerajaan boleh membanyakkan perumahan kos rendah, memberikan baucar makanan kepada mereka yang miskin atau kehilangan kerja,'' jelasnya.
Tambah Lee, langkah menggalakkan perbelanjaan perlu lebih menjuruskan kepada membeli barangan tempatan dan tidak boros berbelanja, membeli apa yang perlu sahaja.


Ditanya sama ada kerajaan Malaysia lewat dalam mengambil langkahnya untuk menangani krisis, Lee berkata, apa yang dilakukan kerajaan adalah bertepatan pada waktunya.
''Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar faedah adalah selari dengan perkembangan semasa, tetapi kerajaan juga perlu mempelbagaikan lagi usaha yang perlu dilakukan dalam memberikan kesan berganda kepada orang ramai.
Lee percaya dengan langkah yang diambil kerajaan nanti akan memberikan kesan positif kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dijangka menampakkan pemulihan menjelang suku ketiga dan keempat tahun ini.
Secara keseluruhan, krisis ekonomi global dijangka akan pulih menjelang akhir tahun ini dan awal tahun hadapan.


Belanja ...belanja..belanja

Monday, March 9, 2009

MAKLUMAT TERKINI

  1. Baucer mula digunakan pada Mac 2009 & BONUS RETAIL BERMULA !!!!
  2. SP Bistro dijangka siap pada 20 Mac 2009
  3. Kursus " BARU " akan bermula pada 22 Mac 2009
  4. Baju koperat kelab akan mula dijual pada 15 Mac 2009
  5. Promosi SPClub di majalah pada April 2009 di MINGGUAN WANITA & BELIA NIAGA
  6. Road show SPClub akan bermula pada April 2009
  7. Karnival Merchant SPClub dijangka pada JUN 2009
Promosi Join The Club ( Pendaftaran ahli baru ) Mac 2009

2 unit BC - Krim Gamat
3 unit BC - Pati Gamat
4 unit BC - Gamat Madu Kolagen ( Delima / Manggis )
5 unit BC - Gamat Plus Detox

8. Insentif melancong dan bersanti ke Tasik Banding Perak pada JUN 2009- aktiviti luaran

9. Penyerahan Banner & Bunting kepada merchant panel pertama

10. Pelancaran slogan SPClub - " Jom Berbelanja Jana Pendapatan, Tanpa Perlu Bayar Lebih "


SPClub still ALIVE...