Friday, July 25, 2008

SP CLUB BISNES INTERNET bukan pelaburan internet...Ulasan

Berita Harian 25 julai 2008 ms 14......


116 dakwa ditipu sindiket internet RM5j


IPOH: Sekumpulan pelabur membuat laporan polis di sini, semalam, mendakwa ditipu wang pelaburan lebih RM5 juta oleh sebuah syarikat terkemuka yang menjalankan skim pelaburan melalui internet. Seramai 116 pelabur skim itu membuat laporan polis selepas berasa tertipu dengan tindakan syarikat berkenaan yang tidak membayar mata ganjaran yang ditawarkan kepada mereka sebelum ini. Wong Hok Lei, 52, yang menyertai skim itu Januari lalu mendakwa syarikat terbabit gagal membayar mata ganjaran yang dijanjikan sejak April hingga kini. “Syarikat menjanjikan pembayaran mata ganjaran sebanyak dua kali sebulan iaitu pada 5 dan 20 hari bulan tetapi sehingga sekarang kami tidak mendapat sebarang imbuhan,” katanya di sini semalam.
Hok Lei turut mendakwa syarikat itu sepatutnya membayar tiga hingga 15 peratus daripada jumlah wang yang dilaburkan namun jumlahnya tidak seperti yang diharapkan. "Selain itu, syarikat turut menjanjikan pelbagai kemudahan apabila menyertai skim berkenaan antaranya mata ganjarannya boleh digunakan untuk membayar bil telefon, air dan elektrik,” katanya.


Ulasan & SP club

Pelaburan lebih 5 juta - Sp club tidak menjalankan & tidak pernah menguruskan mana mana pelaburan haram. Yuran yang diuruskan adalah untuk kadar sewaan tapak iklan sahaja.

Syarikat Terkemuka - SP club baru ditubuhkan & transaksi pertamanya ialah pada 1 mei 2008 & mustahil sudah menjadi syarikat yang terkemuka.

Pelaburan Melalui Internet & 3 - 15 % daripada jumlah wang yang dilaburkan - Sp club tidak menjalankan & tidak pernah menguruskan mana mana pelaburan haram. Yuran yang diuruskan adalah untuk kadar sewaan tapak iklan sahaja berdasarkan perjanjian yang dipaparkan di laman utama http://www.sharingprofitclub.com/ . Adalah menjadi satu kesalahan mengambil deposit tanpa lesen dan membayar dalam bentuk dividen atau peratusan yang tetap ( haram dari segi hukum agama islam )

Yang menyertai skim itu Januari & Mata ganjaran yang dijanjikan sejak April - Operasi SP club baru bermula pada 01 mei 2008 sedangkan pelaburan haram ini sejak Januari dan April..

Tidak mendapat sebarang Imbuhan - Konsep perkongsian yang dijanjikan oleh SP club membuktikan semua ahlinya mendapat imbuhan samarata & adil. Tiada ahli yang tidak mendapat imbuhan melainkan mendaftar percuma. Untuk kepastian sila rujuk mana mana ahli SP Club yang telah menyertai program ini sejak 01 mei 2008 atau terus ' KLIK OLDER POST ' di bawah hujung kanan muka surat ini untuk testimoni usahawan.

Mata ganjarannya yang boleh digunakan untuk membayar bil telefon , api air letrik - SP club tidak mempunyai sistem mata ganjaran, sebalik setiap sewaan satu tapak iklan (Business Centre ) akan diberikan satu nilai mewakili jumlah perkongsian yang akan diterima oleh ahli yang dibahagikan samarata jumlah tabungan antara seluruh ahli setiap hujung bulan. Belum ada lagi sistem mata ( point ) yang boleh digunakan untuk membayar bil utiliti .Sistem " wang dikumpul untuk ber 'shopping atau " nilai shopping " yang ditolak dari setiap ahli 15% hanya digunakan untuk berbelanja dikalangan ahli yang menjual produk atau menawarkan servis di kalangan mereka tidak berlaku lagi untuk sebarang pembayaran yang pelik pelik . Setiap ahli di SP club menjalankan betul betul satu perniagaan TULEN..!!!!! bukan pelaburan Haram....