Sunday, February 22, 2009

AKHIRNYA SAMPAI JUA..UPSI ..SELAMAT DATANG

Kunjungan kali ke2 tetapi kali pertama ke ofis spclub yang baru oleh pelajar UPSI seramai lebih kurang 74 orang - 2 buah bas. Walaupun ketibaan agak terlewat sedikit sekitar jam 4.30 petang disebabkan jalan jalan makan angin dahulu (tersesat ) terlajak hingga ke persimpangan banting, pengurusan spclub tetap menanti anda dengan penuh sabar & mengucapkan ribuan terima kasih kerana sokongan anda semua.

Sekali lagi mengamatkan suasana, tempat duduk masih tidak mencukupi dengan kehadiran di luar jangkaan. Kedatangan pelajar dari UPSI, Tanjung Malim ini bukan sahaja datang bersama soalan tesis mereka malah merebut peluang yang ditawarkan . Tahniah !!! kejayaan akan menyusul kemudian. Sabar sabarlah menanti.

Taklimat yang disampaikan oleh En Adnan ismail pada kali ini lebih ringkas & mudah difahami.

Pemerhati pemerhati istimewa duduk di belakang sambil mengambil nota untuk rujukan.Kelihatan En Ghafar di belakang sekali sedang tekun menulis sesuatu di buku diari beliau ( ehem ehem ..jangan tertidur sudah lah maklumlah tersesat tadi hehehe )




Penuh & Yakin !!! ...tapi kali ini tiada lagi yang besila atau duduk di atas ..hadiah saguhati istimewa yang sepatutnya diberikan kepada mereka yang duduk di atas lantai nampaknya akan dibawa & ditawarkan pada seminar akan datang lagi...jangan kecewa cuba lagi..



Kelihatan pengurus besar SPClub En. Syed Nazeem sedang berdiri menanti giliran beliau untuk menyampaikan sedikit motivasi dan tips memulakan perniagaan. Masih banyak tips dan petua yang ingin disampaikan tetapi masa tidak mengizinkan. Untuk tidak mengecewakan sedikit testimoni tentang bagaimana mendapatkan bonus sekitar RM1,000 - RM 2,000 sehari telah disampaikan oleh En. Zamri yang penuh bersemangat berkongsi pengalaman & kejayaan beliau walaupun baru menyertai Spclub baru 2 bulan & dalam serba kekurang tetapi masih boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan..jika kena pada teknik & taktik. Well done En. Zamri yang berkaca mata. Anda sememangnya seorang yang berkarisma & hebat..

Pengurusan Spclub mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Syamsul, En. Ghafar dan yang lain lain kerana bertungkus lumus memastikan majlis berjalan lancar. Kerjasama anda sangat anda sangat sangat dihargai & didoakan semuanya sukses.