Thursday, July 31, 2008

Apa yang sebenarnya dikejar oleh anda..

Apakah tujuan sebenar anda bersama SP Club ?

Setakat manakah kefahaman anda tentang bisnes ini ?

Adakah anda pernah terfikir bahawa SP Cub menawarkan satu peluang bisnes jangka panjang ?
Mengapa ramai ahli SP Club gagal mengubah pandangan mereka dari satu konsep bisnes yang lama kepada yang baru ?

Pernahkah mereka semua terfikir konsep berniaga yang dipersembahkan oleh SP Club akan menjadi idola banyak syarikat peruncitan & pemborong ternama malah hampir keseluruh pelusuk dunia ?

Dunia sekarang sedang bermain dengan teknologi, sudah cukupkah pendedahan dan kemahiran anda menghadapi & mengekori situasi ini sekaligus mengaut keuntungan yang tidak ternilai ?

Mana satukah bonus bonus yang ditawarkan oleh SP Club kepada paling menarik minat ?

SHARING POOL ? akan tamat bila anda cukup 534 ep
BALANCING 200 SEHARI ? hanya 200 ep sahaja sehari..
RETAIL 178 RIBU ? Anda boleh kejar bonus ini dengan hanya beritahu rakan rakan baru daftar SP club dapat 178 ribu...sampai di sini sahaja..

Jika anda fokus kepada ketiga tiga bonus di atas tanpa memikirkan tujuan sebenarnya & mengenepikan konsep sebenar bersama SP Club maknanya anda tidak akan berada lama di dalam bisnes ini. Imbuhan imbuhan di atas sebenarnya hanya berkisar kepada angka semata mata dan BOLEH BERUBAH pada bila bila masa.....!!!! Roh atau Spirit yang sebenarnya ada pada SP Club ialah konsep, Konsep...konsep...konsep...konsep...konsep...

Yang manakah dikatakan KONSEP ?

Jawapannya ada di dalam Bonus Berbelanja atau Shopping Bonus !!!. Jika anda amati betul betul kerana bonus inilah yang akan menggerakkan segalan nadi bonus bonus yang lain & akan terjadi dengan sendirinya secara OTOMATIK. Unilevel...442,000.00 mungkin lebih selagi berlaku transaksi jual beli !!! inilah lombong emas atau " Engine Room" yang anda semua tidak perasan atau buat buat tidak nampak. Ayuh apa tunggu lagi..mari hadir mendalamkan ilmu anda tentang ini di mana mana seminar ringkas diadakan. SP Club sedia membantu anda jika anda sudah mula tersedar dari mimpi menjadi JUTAWAN SEGERA !!!

J

Tuesday, July 29, 2008

30 Julai Rabu - Kelas Membaca MY Daily e-Bonus

Kelas ringkas Membaca, Mengira & Memahami BONUS HARIAN anda...& soal jawab berkaitan bonus bonus lain & teknik bershopping ( simple practise )

Tempat : Sharing Profit Club Kuala Lumpur
No. 36, tkt 2, lorong 6c/91, Taman Shamelin perkasa, 56100 Cheras, Kuala Lumpur
tel : 03-92008449 (pertanyaan Cik Aisyah karim )

Masa : 30 Julai 2008 ( 8.30 malam hingga 10.30 )

Makanan & minuman disediakan. Sila hadir bersama rakan rakan baru anda.

" Nak dengar berita terkini tentang bayar bil api air dapat duit..datang beramai ramai..ada rezeki dapat tau info awal... "

Monday, July 28, 2008

Walimatulurus..Undangan Perkahwinan anak kesayangan Pengurus Besar SP club



Kepada semua ahli sp club di seluruh Malaysia , Sabah & Sarawak anda diundang ke majlis perkahwinan anak Pengurus Besar SP club En. Syed Nazeem di


RUMAH PENGATIN
Pos 243, Batu 2 1/4, Jalan Peserai,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim

Tarikh : Sabtu, 09 Ogos 2008, bersamaan 07 Syaaban 1429 Hijrah.

Semoga dengan kehadiran dan iringan doa restu hadirin sekalian akan menyerikan lagi majlis kami dan diberkati Allah S.W.T. InsyaAllah.

Atucara Majlis

11.00 pg - 5.00 ptg ( Jamuan Makan )
2.30 ptg - ( Majlis Persandingan )
2.00 pagi .....pengatin punya daa.....bagi laluan..

Sunday, July 27, 2008

Untuk Melihat berita yang lalu..

sila klik older post...OLDER POST...di bawah kanan muka surat ini....

Bagaimana membaca My Daily e-Bonus...Bonus Harian anda..Check it Out !!!


Sila klik pada jadual untuk melihat dengan lebih jelas

Ini adalah salah satu contoh untuk anda lebih faham bagaimana bonus harian anda dapat dilihat.

My Daily e-Bonus

Pemilik akaun : MYAHMAD ( ID )
Jumlah BC : 7 ( MYAHMAD-01 hingga MYAHMAD-07)

Syarat layak menikmati My Daily e-Bonus

Menaja 1 - 0 ID - Tidak layak
Menaja 2 ID - 50 % layak terima bonus
Menaja 3 ID - 50 % layak terima bonus
Menaja 4 ID - 100 % layak terima bonus

Teknik membaca -

MYAHMAD-01 (BC)
MYAHMAD (ID) hanya menaja 1 ID sahaja. Beliau tidak layak menerima bonus ini walaupun di di kiri & kanan beliau terbina 20 BC di Group A & B. Di ruang ep hanya kelihatan kosong. Beliau kehilangan bonus ini begitu sahaja iaitu pendapatan sehari beliau 200ep !!!

MYAHMAD-02 (BC)
MYAHMAD (ID) hanya menaja 2 ID sahaja. Beliau hanya layak menerima 50% sahaja bonus daripada BC yang terbina di Group A & B iaitu 100ep.Tiada baki BC yang dibawa kehadapan kerana semuanya telah diimbangkan samarata.Pendapat sehari beliau bagi BC yang pertama layak.

MYAHMAD-03 (BC)
MYAHMAD (ID) hanya menaja 3 ID sahaja. Beliau hanyak layak menerima 50% sahaja bonus ini daripada BC yang terbina di Group A & B sama seperti MYAHMAD-02. Tiada baki BC yang dibawa kehadapan.Pendapatan sehari beliau bagi MYAHMAD-03 ialah 100ep juga

MYAHMAD-04 (BC)
MYAHMAD (ID) telah menaja penuh 4 ID. Beliau menerima bonus ini 100% layak. 20 BC di Group A & B didarabkan setiap 20 bc x 10 ep = 200 ep. Pendapatan sehari beliau bagi bc yang ke 4 beliau.

MYAHMAD-05 (BC)
MYAHMAD (ID) " TIDAK MENAJA LANGSUNG". Beliau tidak layak lagi.Bonus hilang begitu sahaja.

MYAHMAD-06 (BC) & MYAHMAD -07 (BC) - belum ada kemasukkan bc baru.

NOTA:
Setiap bc untuk layak menerima 100% bonus mestilah menaja 4 ID baru.Ini bermakna jika MYAHMAD (ID) ingin meraih pendapatan beliau 200ep x 7 bc = 1400 ep sehari beliau sendiri terpaksa menaja ( Direct sponsor) 28 ID BARU.....!!!
Mana mana ID yang telah ditaja sebelumnya tetap dikira sebagai penajaan layak untuk bonus ini.

Jumlah pendapatan kasar sehari MYAHMAD ( ID ) 400 ep
(tolak 15% + 15%) terkumpul potongan = 120ep ( tidak boleh dipindahkan ke bank)

PENDAPATAN BERSIH = 280 ep sehari

280 ep sehari x 30 hari = 8,400 sebulan ????!!

Setiap bc terbina di dalam akaun beliau datang dari 4 sumber

1) Downline upgrade dari 178 ep ke 248 ep ( Top up 70 ep)
2) Kemasukkan bc baru 248ep hasil dari penajaan beliau
3) Spill over bc dari upline & syarikat ( lambat )
4) Pertambahan jumlah bc oleh beliau dengan menggunakan wang sendiri (tambah lot !! la )

Bagaiman pula dengan bonus retail, pool, bershopping..anda fikir la sendiri ........

Friday, July 25, 2008

SP CLUB BISNES INTERNET bukan pelaburan internet...Ulasan

Berita Harian 25 julai 2008 ms 14......


116 dakwa ditipu sindiket internet RM5j


IPOH: Sekumpulan pelabur membuat laporan polis di sini, semalam, mendakwa ditipu wang pelaburan lebih RM5 juta oleh sebuah syarikat terkemuka yang menjalankan skim pelaburan melalui internet. Seramai 116 pelabur skim itu membuat laporan polis selepas berasa tertipu dengan tindakan syarikat berkenaan yang tidak membayar mata ganjaran yang ditawarkan kepada mereka sebelum ini. Wong Hok Lei, 52, yang menyertai skim itu Januari lalu mendakwa syarikat terbabit gagal membayar mata ganjaran yang dijanjikan sejak April hingga kini. “Syarikat menjanjikan pembayaran mata ganjaran sebanyak dua kali sebulan iaitu pada 5 dan 20 hari bulan tetapi sehingga sekarang kami tidak mendapat sebarang imbuhan,” katanya di sini semalam.
Hok Lei turut mendakwa syarikat itu sepatutnya membayar tiga hingga 15 peratus daripada jumlah wang yang dilaburkan namun jumlahnya tidak seperti yang diharapkan. "Selain itu, syarikat turut menjanjikan pelbagai kemudahan apabila menyertai skim berkenaan antaranya mata ganjarannya boleh digunakan untuk membayar bil telefon, air dan elektrik,” katanya.


Ulasan & SP club

Pelaburan lebih 5 juta - Sp club tidak menjalankan & tidak pernah menguruskan mana mana pelaburan haram. Yuran yang diuruskan adalah untuk kadar sewaan tapak iklan sahaja.

Syarikat Terkemuka - SP club baru ditubuhkan & transaksi pertamanya ialah pada 1 mei 2008 & mustahil sudah menjadi syarikat yang terkemuka.

Pelaburan Melalui Internet & 3 - 15 % daripada jumlah wang yang dilaburkan - Sp club tidak menjalankan & tidak pernah menguruskan mana mana pelaburan haram. Yuran yang diuruskan adalah untuk kadar sewaan tapak iklan sahaja berdasarkan perjanjian yang dipaparkan di laman utama http://www.sharingprofitclub.com/ . Adalah menjadi satu kesalahan mengambil deposit tanpa lesen dan membayar dalam bentuk dividen atau peratusan yang tetap ( haram dari segi hukum agama islam )

Yang menyertai skim itu Januari & Mata ganjaran yang dijanjikan sejak April - Operasi SP club baru bermula pada 01 mei 2008 sedangkan pelaburan haram ini sejak Januari dan April..

Tidak mendapat sebarang Imbuhan - Konsep perkongsian yang dijanjikan oleh SP club membuktikan semua ahlinya mendapat imbuhan samarata & adil. Tiada ahli yang tidak mendapat imbuhan melainkan mendaftar percuma. Untuk kepastian sila rujuk mana mana ahli SP Club yang telah menyertai program ini sejak 01 mei 2008 atau terus ' KLIK OLDER POST ' di bawah hujung kanan muka surat ini untuk testimoni usahawan.

Mata ganjarannya yang boleh digunakan untuk membayar bil telefon , api air letrik - SP club tidak mempunyai sistem mata ganjaran, sebalik setiap sewaan satu tapak iklan (Business Centre ) akan diberikan satu nilai mewakili jumlah perkongsian yang akan diterima oleh ahli yang dibahagikan samarata jumlah tabungan antara seluruh ahli setiap hujung bulan. Belum ada lagi sistem mata ( point ) yang boleh digunakan untuk membayar bil utiliti .Sistem " wang dikumpul untuk ber 'shopping atau " nilai shopping " yang ditolak dari setiap ahli 15% hanya digunakan untuk berbelanja dikalangan ahli yang menjual produk atau menawarkan servis di kalangan mereka tidak berlaku lagi untuk sebarang pembayaran yang pelik pelik . Setiap ahli di SP club menjalankan betul betul satu perniagaan TULEN..!!!!! bukan pelaburan Haram....

Thursday, July 24, 2008

KELAS & LATIHAN ...SILA AMBIL PERHATIAN SEMUA AHLI SP CLUB

KELAS KEMAHIRAN DAN BENGKEL KEFAHAMAN PROGRAM SP CLUB AKAN DIADAKAN TIDAK LAMA LAGI PADA WAKTU & TEMPAT SEPERTI BERIKUT. SEBARANG PENGUMUMAN AKAN DIWAR-WARKAN DI DALAM LAMAN RASMI SP CLUB DI


KURSUS DAN WAKTU -

A ) KELAS TAKTIK & TEKNIK BAGAIMANA MEMBACA DAN MEMAHAMI PERGERAKKAN AKAUN BONUS SP CLUB ANDA AKAN DIADAKAN PADA

SETIAP HARI SABTU JAM 2.30 -4.30 PETANG

B) KELAS MERCHANT / RAKAN NIAGA " PRAKTIKAL MEMASUKKAN BARANG , SERVIS & BER'BELANJA KAEDAH " PAYMERCHANT ' & KLIK BUY AKAN DIADAKAN PADA


SETIAP HARI SABTU JAM 5.00 PETANG - 6.30 PETANG

C) KELAS PENERANGAN KONSEP & PLAN PEMASARAN AKAN DIADAKAN PADA


SETIAP HARI ISNIN - JUMAAT JAM 8.30 - 10.00 MALAM

BERTEMPAT DI,

PUSAT LATIHAN & DEWAN SEMINAR SP CLUB (KL)
NO .36 , TKT 2, LORONG 6C/91,
56100 CHERAS,
KUALA LUMPUR
TEL /FAX : 03-92008449
NOTA -


1) SILA TELEFON UNTUK TEMPAHAN TEMPAT DUDUK & PENGESAHAN KEHADIRAN ANDA.

2) MAKANAN , MINUMAN , PENGINAPAN & KOMPUTER TIDAK DISEDIAKAN KECUALI BERLAKU PERUBAHAN.

3) BAHAN BAHAN BANTUAN DAN RUJUKAN AKAN DIJUAL PADA HARI LATIHAN TERSEBUT DENGAN MENGGUNAKAN SPOINT ATAU TUNAI. ( PELEKAT KERETA, BUNTING, T-SHIRT, BANNER, DAN LAIN LAIN )

4) SILA BAWA ALAT TULIS UNTUK CATATAN

5) SILA BAWA KOMPUTER RIBA ( LAPTOP ) UNTUK PRAKTIKAL BER ' SHOPPING "

SETIAP KURSUS AKAN DIKENAKAN BAYARAN UNTUK KOS PENGURUSAN ( BELUM DITETAPKAN LAGI...TIDAK MAHAL SEKITAR 5 - 10 SPOINT )