Friday, September 19, 2008
Bagaimana membaca " Retail bonus "anda
Di ruang portal HOME akaun spclub, kini anda boleh melihat 2 jumlah bonus yang berada di dalam kotak merah. 0.25 adalah nilai terkini jumlah sharing pool yang datang dari purata kemasukkan ahli terkini & purata aktiviti berbelanja. Manakala angka 5 menunjukkan jumlah point (mata) sharing pool yang anda miliki hasil dari penajaan atau penambah jumlah BC .
Jika didarabkan kedua duanya iaitu 0.25 x 5 hasilnya ialah jumlah TOTAL SHARING BONUS terkini pada bulan tersebut
Ramai yang masih belum mahir bagaimana membaca jadual ini, ianya agak rumit tetapi inilah cara yang paling mudah untuk anda memahami sebenarnya.
KENAPA ?
Kenapa retail bonus saya kosong ?
Jika anda lihat pada BONUS STAT, pada level 2 sebagai contoh, hanya terdapat 4 ID yang disusun oleh sistem dibawah level ini ( referral ). Kesemua 4 ID tersebut ditunjukkan di ruangan members. Malangnya tidak ada satu pun dari 4 ID ini yang aktif untuk cuba mendapatkan bonus masing masing. Oleh yang demikian retail bonus dari kumpulan anda TIADA !!!. Retail bonus datangnya dari 10% yang dipotong untuk dicukupkan menjadi 30ep bagi setiap ID di bawah anda. Pada ruang Bonus leveraj 30 ep telah dibahagikan untuk ke 10 level untuk memastikan tidak akan terjadi OVERPAID !!!. Cuba darabkan jumlah REFERRAL pada level 2 dan angka BONUS, anda akan perolehi POTENSI PENDAPATAN (Potential Earning) anda iaitu 16 ep jika kesemua 4 ID tersebut aktif & berlaku potongan 10% . Malangnya 16ep hanya dapat dilihat sahaja.
TIPS
Untuk memudahkan anda melihat prestasi retail bonus anda, hanya melihat di REFERRAL MAINTAIN DAN REAL EARNING. Jika berlaku potongan 10% pada setiap ID di bawah anda, bonus akan ditunjukkan dan anda boleh lihat di RETAIL BONUS pada My Monthly e-Bonus .
Kenapa Group sale saya 248 ep tapi tak dapat duit pun ?
Setiap ID yang disusun oleh sistem di bawah adalah telus. Kesemua POTENSI PENDAPATAN anda diperlihatkan untuk anda sendiri menilai prestasi network & bonus anda pada setiap masa. Pada List Retail Bonus Statistic For BC, sila klik ID pertama anda ( jika banyak bilangan BC sila klik satu persatu ). Masing masing akan menunjukkan POTENSI PENDAPATAN (Potential Earning ) yang berlainan. Campurkan kesemua jumlah tersebut. Hasilnya, itulah pendapatan 248ep yang datang dari kesemua unit BC anda, yang hanya dapat dilihat & TIDAK dimasukkan kedalam RETAIL BONUS ( ada kerja ada gaji !! ) .Bonus 115ep adalah bonus yang datang dari BC pertama yang belum dicampur dengan BC yang lain . (kesemuanya ada 6 BC, buktinya pada level 7 hingga 10 tiada ID yang disusun oleh sistem )
Kenapa Promotion bonus tidak ditunjukkan pada bulan ini ?
Promotion Bonus ialah bonus yang anda perolehi setelah selesai menaja yang dibayar secara REAL TIME pendek kata hari hari jika rajin menaja. Maka ianya ditunjukkan di dalam MY DAILY BONUS. Bukan dapat duit hari hari tanpa berbuat apa apa, yang rajin akan mendapat imbuhan yang lumayan dalam jangkamasa panjang. Jika anda ingin mengeluarkan segera bonus menaja, hanya kontra pin (jual pin) melalui penajaan baru sahaja cara terpantas, jika tidak, anda boleh menunggu setiap sabtu & ahad untuk membuat pengeluaran.
Kenapa Shopping promotion bonus saya kosong ?
Shopping promotion bonus ialah bonus yang diperolehi apabila anda menaja ID yang benar benar menjalankan perniagaan. 5% dari keuntungan perniagaan beliau adalah bonus anda. Jika tiada aktivi jualan, dalam erti kata mudah anda tidak bantu rakaniaga baru anda melariskan jualannya maka tiada bonus diperohi.
Kenapa Shopping Unilevel bonus saya kosong ?
Tujuan menyertai Sharing profit club ialah menjalankan aktiviti perniagaan, promosi & penajaan yang berterusan. Jika niat anda semata mata hanya melabur ini menunjukkan anda tidak berminat untuk membina jaringan (network) pengguna atau rakaniaga di bawah anda. Mana mana ahli yang tidak mempunyai network kerugian yang menanti amatlah besar. Konsep Jom shopping Jana Income pada anda tidak akan berlaku. Aktiviti berbelanja setiap hari, minggu atau bulan seperti network membayar bil semasa, cukai, derma, membeli barang barang keperluan dan lain lain lagi tidak akan berlaku. Kesilapan berlaku adalah dari anda sendiri bukan dari pihak syarikat.
Tidak faham lagi.?
Current Automaintain Retail Bonus Reconsumption EP ( Rujuk pada jadual 2)
Masih ingat lagi setiap bonus yang anda perolehi akan dipotong sebanyak 10% untuk mencukupkan 30ep ? Pada jadual 2 ini, setelah potongan 10% berlaku hanya 13.32ep sahaja yang tercapai belum mencukupi 30ep ( baki 16.68ep). Jika kesemua ID di bawah anda hanya mencapai kurang daripada 30ep, ianya tidak dikira sebagai retail bonus & menanti untuk dicukupkan pada bila bila masa barulah dimasukkan ke dalam Real Earning & ditunjukkan ke dalam Retail bonus anda
Current Unit Business Centre ( BC )
Setiap satu ID boleh memiliki seberapa banyak BC yang diinginkan bertujuan untuk mengiklankan produk masing masing. Semakin banyak BC disewa ( 1 BC rm 248) , semakin luas ruang promosi anda. Pada ruang ini ditunjukkan jumlah pegangan BC yang anda miliki terkini.
Current available EP
EP membawa maksud ELECTRONIC POINT atau EARNING POINT. Ianya bebas mewakili nilai matawang mengikut jenis perniagaan internet. Ada yang mewakili 1 ep bersama RM 1, 2, 5 dan sebagainya. Di spclub ep yang ditunjukkan pada ruang Currrent Available Ep boleh dipindahkan terus ke bank pada hari sabtu & ahad ( laman pindah ke bank dibuka & dapat dilihat, hari biasa tidak kelihatan). Jika tidak mahu dipindahkan ke bank anda bolehlah menjadikannya pin penajaan untuk kontra dengan tunai bagi yang profesional dengan cara klik di ruang FUND TRANSFER dan claim ep ke pin registration.
Untuk lain lain pertanyaan sila berhubung upline anda , jika upline anda tidak faham sila berhubung terus ke pejabat operasi sharing profit club cawangan KL. 03-92008449 untuk berurusan dengan spclub tim yang akan membantu anda