Sejak kebelakangan ini kalau diperhatikan dengan mata kasar terlalu banyak skim skim pelaburan internet bermula kembali dengan pelbagai jimik yang begitu halus sehingga ada yang menggunakan nama orang kenamaan bagi menarik lebih ramai pelabur, tidak kurang juga menggunakan amalan agama sebagai ritual kehalalan tanpa menghiraukan tindakan undang undang. Masyarakat madani yang dulunya begitu rajin kini menjadi satu kelompok madani mundur yang diasuh keluar dari masalah kemiskinan dengan cara singkat iaitu MELABUR. Melabur buta tuli, tidak tahu hujung pangkal " Untung sabut timbul, Untung batu tenggelam ", rela rugi beratus kali mungkin satu hari nanti boleh menjadi kaya atau cubaan berkali kali tak akan satu pun tidak menjadi !!!.atau masuk awal awal kita dapat dulu, amarah orang lain ..lantak dia lah ??? Falsafah bila sudah dirasuk ketamakkan. Mari renungkan antara MLM dan pelaburan ?
B.I. K.E.R.S.....' Buat Ikut Kerajaan Suka "...
Mesti baca !!!!!
( Sumber berita dalam negeri )
KUALA LUMPUR 13 Jun – Satu akta baru berhubung skim pelaburan Internet perlu digubal bagi memastikan penguatkuasaan dan pengawalan dapat dijalankan dengan berkesan, di samping hukuman lebih berat dapat dikenakan ke atas penganjur skim pelaburan Internet haram.Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan, perkara tersebut penting bagi memberi kuasa kepada polis menahan dan mendakwa penganjur atau pengendali laman web skim yang didapati menipu orang ramai.
Beliau berkata, pada masa ini, undang-undang sedia ada tidak banyak membantu pihak berkuasa bertindak ke atas mereka yang terlibat dalam ‘jenayah bentuk baru’ ini.Katanya, undang-undang yang diperuntukkan hanya membenarkan polis melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komer**** (JSJK) menyiasat kes-kes penipuan misalnya melibatkan jual beli dan sewa tanah, bantuan kebajikan, loteri, pinjaman Ah Long, gores dan menang, khidmat bomoh, sistem pesanan ringkas (SMS) dan lelongan barangan kastam.‘‘Pelaburan menerusi Internet melibatkan kutipan deposit secara haram adalah di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (BNM) kecuali ia dapat diklasifikasikan sebagai kes penipuan,’’ katanya.
“Dengan perkembangan teknologi tanpa sempadan dan masa menerusi Internet, skim ini dijangka begitu mudah menjangkaui sasaran.“Justeru, penekanan kepada pewujudan satu undang-undang khas perlu bagi membendung gejala ini daripada terus berleluasa,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini.Musa diminta mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai langkah BNM dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dengan bantuan polis yang mengambil semua langkah memerangi aktiviti skim pelaburan Internet haram.Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, satu pasukan petugas khas di bawah JSJK ditubuhkan untuk membantu BNM dan SC melindungi pelabur dan integriti pasaran modal Malaysia.‘‘Polis memberi kerjasama sepenuhnya kepada BNM dan SC untuk memerangi gejala ini,’’ katanya.
Sementara itu difahamkan, BNM telah merekodkan kenyataan beberapa orang penganjur skim cepat kaya kelmarin dalam satu gerakan besar-besaran untuk menghapuskan skim cepat kaya melalui laman web Internet.Dalam serbuan ke atas beberapa buah pejabat pengendali skim-skim itu yang disyaki menjalankan pengambilan deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di sekitar Lembah Klang, Unit Penyiasatan Khas BNM turut merampas beberapa dokumen, komputer dan peralatan komputer.Kesemua penganjur-penganjur skim itu dibebaskan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka.
Penganjur ter****t disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti pengubahan wang haram.Aktiviti mereka disiasat mengikut Subseksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Bafia) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.Laporan sebelum ini menyebut seramai 500,000 orang rakyat Malaysia terlibat dalam pelaburan itu mem****tkan pelaburan terkumpul berbilion ringgit.Siasatan Utusan Malaysia yang dibantu pakar-pakar teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mendapati skim tersebut yang diuar-uarkan mendapat pengiktirafan di peringkat global sebenarnya beroperasi dari beberapa lokasi di negara ini.
Maklumat dalam laman-laman web tersebut yang menyatakan kononnya pelaburan skim itu berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain sebenarnya satu rekaan semata-mata
www.utusan.com.my 14 jun 2007
( Sumber dari berita luar negara )
NEW YORK (Reuters) - Harvard University lost about $350 million in the past month through an investment in hedge fund Sowood Capital Management, the Wall Street Journal reported on its Web site on Wednesday.
The money, however, is a relatively small amount for the $29 billion Harvard endowment, the Journal reported.
Sowood was founded by Jeffrey Larson, who managed Harvard's foreign stock holdings until 2004, the paper said.
The Boston-based hedge fund lost roughly half of its $3 billion in capital in less than a month, becoming the first high-profile victim of the recent credit market woes.
The university and Sowood could not be reached immediately for comment.
SOALAN YANG PERLU DITANYA ?
ADAKAH ANDA SUDAH MERUJUK BANK NEGARA SEBELUM MELABUR & SEJAUH MANAKAH ANDA FAHAM TENTANG PELABURAN .
JIKA BELUM..SIMPAN DUIT UNTUK KELUARGA..JANGAN IKUT KAWAN KAWAN..BIARKAN MEREKA..INGAT MASA DEPAN, MENABUNG DENGAN CARA BIJAK DAN BERKAT.