Saturday, January 31, 2009

Apa Apa Pun Ianya Tetap Gajah

Baru baru ini saya telah pun ditanya oleh beberapa ahli baru yang bersemangat untuk menceburkan diri di dalam MLM atau Pemasaran Berperingkat. Maklumlah banyak kilang sudah tidak sanggup beroperasi lebih dari kadar liabiliti masing masing, maka dengan senang hati 55 % sektor ini menawarkan VSS kepada mereka yang sudi. Macam mentimun dan durian, tidak ambil salah, ambil susah pulak, bil api air siapa nak bayar, nak berniaga buka gerai burger pun sapu mentega tidak pandai pulak tu..maka MLM la menjadi pilihan ramai. Oleh kerana minat tapi masih was was. Saya cuba dapatkan beberapa sumber yang boleh anda jadikan panduan, untuk lebih jelas lagi anda boleh rujuk kepada mereka yang arif, pakar dan alim dalam menterjemahkan erti sebenar MLM. Di bawah ini ada 2 orang ilmuan dan pakar dalam bidang yang saya maksudkan.




NIAGA SISTEM PIRAMID HARAM

Dr Abdul Salam Muhammad Shukri
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Kemanusian, Uni. Islam . Antarabangsa. Malaysia



MLM TIDAK HARAM

Dr Badrulamin Hj Baharom
Bekas Ahli politik, Pendakwah & Pensyarah Terkenal di Uni. Islam .Antarabangsa Malaysia
Pengerusi Hubb Marketing (M) Sdn Bhd






Pstt !!!!!- pernah dengar cerita tentang 3 orang buta menceritakan bagaimana rupa gajah mari saya ceritakan
Dikumpulkan 3 orang buta dan masing masing disuruh memegang anggota gajah untuk di soal bagaimana rupa seekor gajah. Orang buta pertama memegang ekor, yang kedua memegang perut, yang ketiga memegang kaki
Setelah itu mereka dikumpulkan semula dan dikehendaki mengingati apa yang sudah mereka rasai. Cerita tentang rupa gajah ? maka bermula dari yang pertama mereka menjawab, begini
orang buta 1 - Rupa gajah panjang macam tali saya yang rasa
orang buta 2- Rupa gajah macam kuali bulat dan kembung..tak tau la betina ke jantan
orang buta 3 - Rupa gajah macam tong dram atau kayu balak yang dipotong bulat semacam

Natijahnya, apa pun yang mereka suarakan dan jawapannya adalah sama iaitu menyatakan bentuk GAJAH ....G A J A H..kemana sahaja mereka rasa dan pegang hasilnya ialah bentuk gajah..
Kaitan dengan artikel di atas antara 2 ilmuan....Lu Pikir la Sendiri !!!

Wednesday, January 28, 2009

INILAH TUJUAN SEBENAR SPCLUB...anda bagaimana ?

ARKIB : 28/01/2009


BERMASALAH JIKA GAGAL BERBELANJA

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN dan SARAH NADLIN

KUALA LUMPUR 27 Jan

Kerajaan perlu mencari satu langkah drastik dan berkesan untuk menambah pendapatan boleh guna pengguna bagi merangsang perbelanjaan ketika senario semasa ekonomi kekal tidak menggalakkan.

Para penganalisis tempatan berkata, langkah itu perlu dilaksanakan bagi meningkatkan keyakinan orang ramai berbelanja dan sekali gus merangsang atau menjana kegiatan ekonomi.
Menurut mereka, usaha meningkatkan perbelanjaan pengguna penting dalam mengimbangi penyusutan pendapatan kerajaan berikutan kejatuhan eksport negara.

Mereka berkata, meskipun kerajaan telah memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 bilion dan penurunan Dasar Kadar Semalaman (OPR) sebanyak 75 mata asas tetapi tindakan itu masih belum cukup untuk memberi keyakinan kepada rakyat untuk berbelanja.
Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Management Bhd., Alsetdek Al Haj Ali mengakui penurunan sentimen rakyat untuk berbelanja kini semakin ketara dan ia diakui oleh para peniaga.

Menurut beliau, keadaan itu berlaku bukan disebabkan rakyat semakin hilang keyakinan untuk berbelanja sebaliknya rakyat tidak mempunyai wang boleh guna yang mencukupi.
''Justeru kerajaan perlu mengambil tindakan segera, jika tidak perbelanjaan domestik statik dan ia akan memburukkan keadaan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini
.
Beliau berkata, dalam menangani masalah tersebut, kerajaan perlu mengambil pendekatan yang sama ketika menghadapi krisis kewangan Asia 1997/98 dengan memansuhkan cukai pendapatan individu untuk satu tempoh singkat.

Semasa krisis kewangan Asia 1997/98, kerajaan telah melaksanakan pengecualian cukai pendapatan bagi tahun 1999, selain pelbagai pengecualian cukai.
Malah, Alsetdek juga menyarankan supaya kerajaan segera menurunkan tarif elektrik sejajar dengan penurunan harga minyak dan arang batu.
''Saya percaya dengan pendekatan ini, rakyat negara ini akan mempunyai lebihan pendapatan boleh guna,'' ujarnya.

Tokoh ekonomi, Datuk Zainal Aznam Yusof berkata, lebihan pendapatan boleh guna rakyat amat penting terutama dalam menghadapi kegawatan ekonomi.
Menurut beliau, dengan lebihan pendapatan ia akan merangsang pengguna terus berbelanja, sekali gus dapat merancakkan ekonomi domestik.

''Dalam keadaan sekarang, kerajaan memang tidak boleh mengharapkan pendapatan daripada eksport serta minyak.

''Perbelanjaan rakyat memang penting sekarang kerana ia boleh mengembalikan pusingan ekonomi,'' katanya.

Sementara itu, Pakar Ekonomi Kanan Bank Islam (M) Bhd., Azrul Azwar Ahmad Tajudin berpendapat, punca orang ramai tidak berbelanja walaupun pelbagai cara telah dilakukan untuk menggalakkan langkah itu dibuat, adalah kerana mereka tidak yakin dengan kedudukan pekerjaan mereka.

''Dengan pelbagai berita buruk mengenai pembuangan kerja menyebabkan orang ramai lebih berhati-hati dalam perbelanjaan mereka. Mereka lebih mengambil keputusan untuk menyimpan walaupun kadar faedah yang ditawarkan adalah lebih rendah.
''Selagi kerajaan tidak dapat memberikan keyakinan kepada orang ramai bahawa mereka tidak akan kehilangan pekerjaan mereka, orang ramai akan terus takut untuk berbelanja dan memutuskan untuk menyimpannya sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan masa depan," katanya.

Tambah Azrul, selepas sambutan Tahun Baru Cina ini, kesan ketara akan dapat dilihat dengan lebih ramai pekerja dijangka berdepan dengan kemungkinan pembuangan pekerjaan dan sentimen perbelanjaan pengguna juga akan hilang.

Penurunan OPR dan Keperluan Rizab Berkanun (SRR) menjadikan lebih banyak kecairan di dalam pasaran dan membolehkan pihak bank memberikan pinjaman kepada orang ramai, kata Felow Penyelidik Ekonomi Kanan Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Datuk Dr. Gan Khuan Poh.

''Sepatutnya apabila penurunan OPR dan SRR, menjadikan kos pinjaman lebih murah, bank mempunyai lebih banyak wang atau kecairan untuk diberikan pinjaman bagi menggalakkan pelaburan domestik.

''Pihak bank perlu menggalakkan aktiviti ekonomi dengan memberi pinjaman kepada orang ramai terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam usaha meningkatkan perbelanjaan dan pelaburan," jelasnya.

Sumber : Utusan Malaysia / 29 Jan 2009 / Khamis / Syed Nazeem

Thursday, January 22, 2009

AL-FATIHAH UNTUK PROF. DR. SIDKI MOHD SALLEH

AL FATIHAH.......

Setiap yang hidup pasti & wajib mati. Marilah kita bersama sama mengucapkan takziah dan Al-fatihah untuk al marhum Prof. Dr. Sidki Mohd Salleh yang telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya pada isnin 19 januari 2009 jam 1 tengahari di Dengkil berhadapan Ibu pejabat pentabiran Spc club yang baru. Peristiwa ini sudah pasti mengejutkan keluarga, sahabat dan rakan rapat beliau seluruh tanahair. Benarlah kata pepatah ..malang tidak berbau..Dalam perjalanan menuju ke tempat mesyuarat, kenderaan beliau telah dihentam kuat oleh sebuah lori 1 tan dari belakang. Kesan hentaman menyebabkan otak beliau berubah kedudukkan dan mengalami pendarahan di dalam kepala yang memaksa beliau ditempatkan di wad ICU selama 3 hari di Hospital Putrajaya dan menemui ajalnya.


Prof Dr. Sidki Mohd Salleh sebenarnya ialah bekas seorang pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia selama lebih 30 tahun dan besara dari perkhidmatan. Beliau aktif di dalam bidang MLM dan banyak memberi ceramah motivasi yang begitu hebat sekali sehingga ada di antara anak didik beliau berjaya di dalam bidang masing masing. Sikap beliau yang peramah dan murah senyuman dapat diterima dari segenap lapisan kenalan. Di dalam bidang networking beliau amat dikenali di seluruh tanahair dan mempunyai pengikut yang begitu ramai sehingga banyak syarikat MLM asing dari luar negara yang ingin memulakan perniagaan di Malaysia meminta bantuan beliau untuk khidmat nasihat. Tidak dinafikan beliau di antara " Malaysiaan Top Ten Multi Level Marketer ". Oleh kerana semangat kemelayuan beliau yang begitu menebal dan ingin melihat bangsa sendiri maju beliau telah mencurahkan segala ilmu yang beliau ada tanpa mengerti penat lelah walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang dihadapi.


Saat akhir sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir beliau bersama Sharing Profit Club sebagai Director of Marketing ( Salah seorang pengasas ). Namun cita cita beliau untuk melihat SP club ke mercu kejayaan tidak kesampaian dan akan diteruskan oleh 5 lagi pengasas yang lain. Sebelum menyertai SP club beliau juga salah seorang yang penting di dalam program EM-PAY yang pernah menghangatkan pasaran tidak lama dulu. Ada yang gembira di bawah bimbingan beliau dan ada juga yang tidak senang ( mungkin kerana tidak faham situasi sebenarnya ). Walau apa pun yang berlalu tetap pergi tidak akan kembali, halalkan makan minum beliau, terlanjur bahasa dan gurauan serta salah penyampaian ketika beliau sedang berbakti


Rindu rindulah setiap ucapan motivasi beliau, senyum tawa dan celoteh beliau yang sentiasa selalu menghiburkan kita. Semoga pemergian beliau mendapat keredhaan semua yang dikenali tanpa sebarang kesumat dan dendam. Akhir sekali, Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan para sidkin, alim dan istimewa.

" U r the best prof..salam sayang dari kami yang tidak terhingga, kami akan tetap memegang amanah dan menyanjungi mu setiap detik. Kejayaan Spclub adalah kejayaan mu jua yang akan dikongsi bersama keluarga mu suatu hari nanti.

InsyaALLAH..we prove it to U..!!!.

One down 5 to go....

Daripada Tim Pengurusan Spclub

  1. En. Adnan ismail
  2. En . Syed Nazeem
  3. En. Rani Lazim
  4. Cik Puan Sabariah Jalil
  5. En. Muhammad Raihan Hashim

Sunday, January 4, 2009

RAJA PENIPU SKIM CEPAT KAYA DUNIA TERSUNGKUR

PENGASAS skim cepat kaya terbesar di dunia, Bernard L Mardoff akhirnya tersungkur selepas mengaut keuntungan berbilion dolar Amerika.

Sekelip mata keuntungan sementaranya akan hilang, dan pada masa sama meninggalkan mangsanya terkapai-kapai seperti tanpa oksigen di tengah lautan.


Mardoff juga dilapor menggunakan sebahagian hasil keuntungan penipuan daripada skim ini untuk badan kebajikan Yahudi. Akibat tindakan ke atas Mardoff, Yayasan pendidikan Yahudi itu turut ditutup.

Istimewanya kali ini, mangsa skim ini bukan lagi terhad kepada orang miskin, sederhana atau warga Melayu, tetapi bank gergasi dunia turut menjadi mangsa kelicikan penipuannya.

Usaha Mardoff menjadi mudah mungkin kerana dia berselindung di sebalik namanya yang besar di Amerika Syarikat (AS). Berikut adalah senarai bank dan potensi kerugian akibat menjadi mangsa skim cepat kaya Madoff yang bertapak di New York:

1. Clients of Santander, Sepanyol — AS$3.1 bilion

2. HSBC, United Kingdom (UK) — AS$1 bilion

3. Natixis, Perancis — AS$605 juta

4. Royal Bank of Scotland, UK — AS$ 601 juta

5. BNP Paribas, Perancis — AS$460 juta

6. BBVA, Sepanyol — AS$400 juta

7. Man Group, UK — AS$360 juta

8. Reichmuth & Co, Switzerland — AS$325 juta

9. Nomura, Jepun — AS$303 juta

Selain bank di atas, pembuat filem terkenal, Stephen Spielberg dikatakan turut menjadi mengsa.



Krisis kewangan meruncing

Apa yang berlaku memang memalukan dan satu tamparan hebat kepada sistem kewangan Barat. Tidak dapat dibayangkan bagaimana jatuhnya kredibiliti seluruh bank dan pakar pelaburannya. Bagaimana mereka boleh terpedaya dengan skim ponzi sebegini.

Di pertengahan kemelut dan krisis ‘credit crunch’ yang menyelubungi beberapa negara maju seperti AS, UK dan Eropah, kini krisis kewangan semakin meruncing akibat tangan Madoff, usahawan skim cepat kaya yang sangat ‘berjaya’ dalam penipuannya.

Ini sememangnya ‘hadiah’ buat Yahudi, industri riba dan haram dan mereka yang terlalu tamak. Skim Mardoff seperti biasa menawarkan pulangan tetap yang tinggi iaitu 10 peratus tahunan hingga menyebabkan pelbagai individu kaya dan bank tertipu.

Ia kelihatan sedikit ‘real’ berbanding skim cepat kaya lain yang biasanya ‘too good to be true’ kerana menawarkan pulangan lebih daripada 30 peratus.

Ternyata tiada sebarang bisnes pendasar (underlying business) dijalankan oleh Mardoff bagi meraih untung yang sah di sisi undang-undang. Keuntungan yang diraih dan diagih semuanya hasil ‘downline’ lalu diberi kepada upline dan begitulah seterusnya.

Itulah skim pyramid atau juga digelar ‘ponzi scheme’, sama seperti skim EA Index, Swiss Cash dan lain-lain yang pernah diharamkan di Malaysia dulu.

Berikut adalah petikan laporan mengenai kegiatan Mardoff yang dilaporkan agensi berita BBC selepas skim dan penipuannya terbongkar:

“...he had ‘absolutely nothing’ and ‘it’s all just one big lie’, and that it was “basically, a giant Ponzi scheme.”

Mardoff berjaya mengabui mata ramai pelabur kapitalis melalui syarikatnya Bernard L Madoff Investment Securities yang ditubuhkan pada 1960, dalam masa sama dia juga menjalankan bisnes hedge fund. Kelicikannya juga membolehkan dia dilantik sebagai ketua Nasdaq Stock Market.

Kini ramai mempersoalkan mengapa US Securities and Exchange Commission tidak mampu mengesan penipuan ini dari awal. Sedangkan menurut laporan berita BBC, beberapa pihak dan individu sudah membuat laporan.

Malangnya, tiada tindakan dan penyiasatan diambil. Mungkin laporan lambat diambil tindakan kerana networking Yahudi yang bertapak kukuh di AS.

Benar, laporan orang ramai sangat penting tetapi jika pihak berkuasa tidak bertindak, penipuan akan berterusan. Kita di Malaysia, pihak Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti diharap dapat menambah kepantasan siasatan apabila mendapat laporan orang ramai, sebelum lebih ramai menjadi mangsa.

Alhamdulillah semakin ramai yang peka dan sudi melaporkan apabila timbul skim dan bisnes yang meragukan. Namun, tidak mustahil sama sekali penipuan hanya dapat dikesan agak terlewat, lalu boleh menyebabkan kerugian wang yang banyak.



Lahirkan jutawan bukan ukuran

Saya kerap mendengar hujah pemain skim cepat kaya yang mendakwa bisnes mereka benar dan kemampuan melahirkan ramai jutawan sebagai buktinya.

Sejak dari awal kita boleh menilai hujah ini adalah lemah, malah kini terbukti ia boleh mencipta seorang bilionair seperti Mardoff, namun ia tetap salah dan tetap skim cepat kaya dan tetap akan tersungkur juga akhirnya.

Di Malaysia, penipuan skim ini boleh dianggap antara yang tercanggih di dunia, pelbagai teknik licik digunakan bagi mengabui mata pelabur seperti mendapatkan lesen jualan langsung, koperasi, punyai beberapa produk dan pelbagai lagi.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai sukar membezakannya dengan syarikat jualan langsung dan koperasi sebenar.

Justeru, saya nasihatkan mereka yang berfikir-fikir untuk menyertai sebarang skim supaya lebih berhati-hati. Penangkapan dan serbuan demi serbuan tidak dinafikan akan menjadikan syarikat yang masih berbaki lebih kreatif dan licik dalam menutup penipuan mereka.



Tidak kebal akhirnya

Apa yang menarik, daripada kes Mardoff juga kita dapat melihat, walaupun kebal pada peringkat awal, akhirnya dia ‘jatuh ke tanah jua’ dengan desakan ketelusan pihak berkuasa di AS.

Ia mungkin tindakan yang agak lewat kerana membabitkan individu Yahudi, bilionair dan orang besar (Pengerusi) di Bursa Saham Nasdaq New York, namun tahniah atas tindakan yang diambil.

Akhir sekali, nasihat saya, telitilah dua, tiga atau 10 kali sebelum menyertai mana-mana skim atau bisnes berpaksikan sistem piramid dan yang sejenis dengannya kerana ia mungkin skim cepat kaya yang bakal tersungkur sedikit masa lagi.



metro - AHAD